Sunday, April 28, 2013

Kek Sarang Semut




Bahan-bahan ( 5-8 org makan )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen ros

Cara-cara

  1. Panaskan gula dan kacau sehingga gula hangus.
  2. Perlahankan api, masukkan air sedikit demi sedikit. DIINGATKAN : Perlu berhati-hati sbb takut gula panas terkena tangan.
  3. Masukkan butter. Biarkan mendidih. Kemudian biar ia nya sejuk.
  4. Dalam bekas yg lain, pecahkan telur dan pukul hingga kembang.
  5. Masukkan susu.. diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat.. Dipukul hingga sebati.
  6. Kemudian barulah dimasukkan gula yg dihanguskan tadi.
  7. Pukul hingga rata.
  8. Masukkan sedikit esen ros. Kacau.
  9. Perap adunan 3-4 jam (bertutup) supaya kek ni bile masak, nampak berlubang2 cantik.
  10. Kukus selama 1 1/4 jam atau sehingga masak.

Jom Masak :)


Assalamualaikum wr wb..
Ruangan khas ni untuk saya simpan segala resipi-resipi yang saya dapat dari pelbagai sumber juga resipi dari ibu tersayang..

Memang saya bercita-cita nak buke perniagaan berkaitan makanan sebab seronok sangat tngok "feedback" orang-orang yang makan masakan kite. Walau masakan tu xle sedap pn :D.. Moga 1 hari tercapai jugaks cite-cite saye tu,, Insya'Allah...

Ok le.. moga resipi-resipi kt sini boleh membantu sesape jugak, x kire le lelaki ke pompuan untuk berjinak-jinak dalam "DUNIA MASAKAN". Dan saye mintak ampun maaf berbanyak sangat andai ade salah silap dalam tulisan-tulisan di sini..

HAPPY COOKING :)